Friday, December 31, 2010

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011

Assalamualaikum....
Selamat sejahtera kepada saudara mara/sahabat-sahabat/rakan-rakan sejawat/
anak-anak didik atau sesiapa sahaja yang pernah menerima didikanku.
Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana memanjangkan
umur kita setahun lagi dengan melangkahnya tahun 2010 ke 2011. Kalau dulu
umur kita 12 tahun apabila melangkah tahun 2011 bermakna pada kiraan genap-
kita sudah dikira 13 tahun dan bermulalah kehidupaan kita di alam pelajar
sekolah menengah.
     Apa yang penting, biasanya apabila berhadapan dengan tahun baru masing-
masing sudah berfikir-fikir apakah azam aku tahun 2011.  Cuba kita renung
sejenak adakah kita telah memenuhi dan mencapai azam yang kita buat pada
tahun 2010 dahulu.  Setakat mana kita telah berusaha untuk untuk memenuhi
azam yang kita sendiri buat.  Ada yang mungkin bertahan sampai hujung tahun,
Alhamdulillah.  Ada juga yanh mungkin bertahan sampai pertengahan tahun.
Malangnya paling ramai yang hanya hangat-hangat tahi ayam tak sempat pun
sampai suku tahun malan sebulan dua sahaja. 
     Pada tahun 2011 ini marilah kita pupuk dan bina azam baru kita diikuti
dengan usaha yang berterusan(istiqamak) agar apa yang kita azamkan selari
dengan apa yang kita cita-citakan.  kalau kita sebagai seorang pelajar biarlah
tahun ini kita jadikan sebagai tahun yang tidak disia-siakan sebagaimana apa
yang kita lakukan pada tahun 2010.  Biarlah kita bertekat untuk berusaha
dan membuat persiapan pembelajaran seolah-olah kita akan menghadapi
PEPERIKSAAN pada esuk hari.  Biarlah kita belajar mendahului apa
yang belum di ajar oleh guru supaya apa yang diajar oleh guru pada hari
pertama pelajaran kita tersenyum kerana apa yang akan disampaikan oleh
guru kita telah menguasai 50 % atau lebih dan dengan ini akan mudah kita
dapat menguasai 80 % - 100% apa yang disampaikan oleh guru pada hari
itu.  Bagi anda yang baru saja melangkah ke alam tingkatan 1 atau tingkatan 4,
jangan pula anda jadikan tahun 2011 sebagai tahun berbulan madu lantaran
anda baru sahaja selesai peperiksaan UPSR dan PMR.  Ingat Soalan PMR
adalah soalan yang merangkumi sukatan pelajaran Tingkatan 1 - 30 %,
Tingkatan 2 - 30 % dan Tingkatan 3 - 40%.  Begitu juga bagi yang akan
menduduki SPM , ingat soalan SPM adalah merangkumi sukatan
pelajaran Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5.  Seandainya anda bersedia
dan mengulangkaji bagi semua peringkat insya Allah anda akan mencapai
kejayaan yang cmerlang nanti.
     Bagi mengingatkan diri saya dan juga anda yang bekerja marilah kita
memasang azam tahun 2011 ini agar kita menjadi pekerja yang berdedikasi,
dengan semangat kerja yang tingi agar kita sentisa bekerja di dalam
persekitaran yang menyeronokkan.  Dengan menjalankan tugas dalam
suasana yang seronok kita akan dapat BUAT YANG TERBAIK sekaligus
akan memberi kepuasan yang akhirnya meningkatkan aras prestasi kita
sendiri pada kacamata kita sendiri dan yang penting pada orang lain atau
rakan sejawat atau majikan kita.  Seboleh-bolehnya buatlah sesuatu dengan
berlandaskan keikhlasan yang tinggi tanpa kerana RELA TERPAKSA.
Yang paling afdal dan sewajibnya biarlah kita buat kerana Allah S.W.T.
     Akhir kata marilah kita sama-sama berdoa agar apa yang kita lakukan
seharian menjalankan tugas mendapat keberkatan Allah dan rezeki yang
kita cari tergolong dalam rezeki yang halah dan diredhai Allah.

      

1 comment: