Friday, December 31, 2010

Perihal Buku CARA MUDAH BELAJAR MATEMATIK

Buku CARA MUDAH BELAJAR MATEMATIK ini menyajikan pendekatan
kira congak pantas matematik yang menggunakan Kod Congak Pantas Matematik.
Penyampaian isi kandungannya dipaparkan dan disusun secara menarik dengan
gaya bahasa yang mudah difahami oleh para pembaca dari semua peringkat sama
ada peringkat sekolah rendah, menengah mahupun universiti.  Soalan latihan
digubah dengan pelbagai bentuk dan berperingkat-peringkat agar mudaah dikuasai
oleh para pembaca demi meningkatkan kecekapan, kemahiran dan kepantasan
menjawab secara congak dan pantas.  Para pendidik dan ibu bapa dapat meman-
faatkan buku ini sebagai ukuran dalam menguji atau menilai penguasaan matematik
anak didik atau anak-anak mereka.
     Bohari Mohamad yang meupakan Guru Inovatif Kebangsaan dan Guru Inovatif
Negeri Perak adalah seoraang guru matematik yang telah mengajar di sekolah
menengah selama 31 tahun.  Kini beliau bersedia berkongsi idea dengan anda
tentang rahsia dan cara-cara belajar matematik dengan mudah.  Penulis yang juga
merupakan pengasas KAEDAH MAGIK BOHARI(Kod Congak Pantas Matematik)
dan KAEDAH SUPER MAGIK BOHARI(Kod Ajaib Matematik) akan mengajar
anda bagaimana mudahnya untuk memaksimumkan penguasaan kira congak pantas
secara hebat, cepat dan tepat.  Buku ini wajar dan sewajibnya dimiliki  oleh setiap
lapisan pelajar sama ada pelajar sekolah rendah, sekolah menengah atau intitusi
pengajian tinggi.

APAKAH YANG ANDA PEROLEH DARIPADA BUKU INI?
     #    Manfaat yang diperoleh daripada pelaburan modal insan
     #    Bagaimana hendak mengira secara mudah?
     #    Bagaimana hendak mengira secara congak?
     #    Bagaimana kaedah menggunakan kod congak pantas?
     #    Bagaimana menyelesaikan masalah matematik secara kreatif dan inovatif?
     #    Bagaimana untuk menangani masalah kelemahan matematik?
     #    Bagaimana mengamalkan Cara Gaya Mengingat dalam matematik?
     #    Bagaimana syok dan seronoknya belajar matematik?
     #    Rahsia untuk skor A matematik dalam semua peringkat peperiksaan

APA KATA MEREKA YANG PERNAH MENGIKUTI SEMINAR
KENDALIAN CIKGU BOHARI
          " Selama 26 tahu saya merantau dan mengelilingi dunia dan mencari-cari
            ilmu yang seperti ini, akhirnya saya tidak menyangka yang ilmu tersebut
            terdapat di Malaysia yang dihasilkan oleh anak Malaysia sendiri."

                                                             Ketua Pengarah Telekom Malaysia
                                                             dalam sesi demonstrasi Kaedah
                                                             Cepat Mengira di Bukir Fraser(1994)

           " En Bohari, mengapa tuan lambat sangat menghasilkan dan menerbitkan
             buku Rahsia Cepat Mengira seperti ini.  Kalaulah adanya buku seperti
             ini ketika saya di bangku sekolah dahulu, saya bukanlah seperti saya
             pada hari ini ."  Lalu jawab En Bohari, "apa boleh buat saya dilahirkan
             lewat sedikit.  Saya sendiri pun tidak dapat mempelajari kaedah-
             kaedah ini sehinggalah saya sendiri menghasilkannya."

                                                             Respon seorang peserta (Ibu pelajar)
                                                             dalam Seminar Kaedah Magik
                                                             (Kod Congak Pantas Matematik)
                                                             di Kuantan, Pahang (1995)

            APA YANG BAIK ITU ADALAH DARI ALLAH DAN APA
           YANG KURANG BAIK ITU ADALAH DARI KELEMAHAN
           SAYA SENDIRI

         

No comments:

Post a Comment