Friday, February 18, 2011

Kursus Intensif CARA MUDAH BELAJAR MATEMATIK

Tarikh     :  27.02.2011
Hari        :  Ahad
Masa      :  8.30 pg - 12.30 tgh
Tempat   :  Bilik Seminar
                 Surau Abdul Rahman Auf
                 Taman Rapat Koperasi
                 31350 Ipoh.
Yuran    :  RM50.00 (Termasuk fail,modul,minum dan sijil penyertaan)
Bilik     :  Berhawa dingin
               (Tempat terhad untuk 30 orang sahaja)
(Buku/Modul lengkap ada dijual dengan harga RM25.00(Harga asal RM30.00)
Tempahan boleh dibuat dengan hubungi 
                 016-5977151 (Cikgu Bohari)

Rakan Genius Matematik

Asssalamualaikum,
Sekarang ni cikgu dah buka ruangan untuk sesiapa yang berminat untuk menyertai rakan genius matematik bolehlah buka facebook bohari mohamad.Banyak maklumat tentang program cikgu.

Sekian terima kasih

Saturday, January 1, 2011

MENGETAHUI RAHSIA TARIKH LAHIR MELALUI CIKGU BOHARI

Kebanyakan anda tahu tarikh anda dilahirkan kerana setiap tahun anda akan
menyambut HARI JADI berdasarkan tarikh lahir.  Akan tetapi tahukah anda
HARI apa anda dilahirkan.  Saya percaya dan yakin kebanyakan anda tidak
tahu HARI apa anda dilahirkan, melainkan anda diberitahu oleh ibu bapa anda
yang masih ingat HARI apa anda dilahirkan. Untuk merujuk HARI kelahiran
anda melalui kelendar sudah pasti menimbulkan masalah apatah lagi kelahiran
anda menjangkau puluhan tahun yang lalu.  Ini adalah kerana jarang bagi anda
menyimpan atau membuat koleksi kelendar-kelendar tahun yang lalu kerana
sudah menjadi kebiasaan kita apabila masuk sahaja bulan yang baru secara
spontan kita akan koyakkan helaian kelendar bulan-bulan yang lalu.
     Oh ya! sekarang anda jangan bimbang kerana Cikgu Bohari sedia
membantu anda untuk mencari Hari anda dilahirkan tak sampai satu minit
melalui kiraan magic termasuk firasatnya sekali yang akan memaparkan
apakah personaliti anda berdasar HARI anda dilahirkan.  Sekarang anda
hanya perlu memberi TARIKH LAHIR anda dan Cikgu Bohari akan
membuat kiraan dan anda tunggu JAWAPANNYA.

      SELAMAT MENCUBA

Salam hormat dari saya,

Cikgu Bohari Mohamad
Taman Panorama, Ipoh, Perak