Saturday, January 1, 2011

MENGETAHUI RAHSIA TARIKH LAHIR MELALUI CIKGU BOHARI

Kebanyakan anda tahu tarikh anda dilahirkan kerana setiap tahun anda akan
menyambut HARI JADI berdasarkan tarikh lahir.  Akan tetapi tahukah anda
HARI apa anda dilahirkan.  Saya percaya dan yakin kebanyakan anda tidak
tahu HARI apa anda dilahirkan, melainkan anda diberitahu oleh ibu bapa anda
yang masih ingat HARI apa anda dilahirkan. Untuk merujuk HARI kelahiran
anda melalui kelendar sudah pasti menimbulkan masalah apatah lagi kelahiran
anda menjangkau puluhan tahun yang lalu.  Ini adalah kerana jarang bagi anda
menyimpan atau membuat koleksi kelendar-kelendar tahun yang lalu kerana
sudah menjadi kebiasaan kita apabila masuk sahaja bulan yang baru secara
spontan kita akan koyakkan helaian kelendar bulan-bulan yang lalu.
     Oh ya! sekarang anda jangan bimbang kerana Cikgu Bohari sedia
membantu anda untuk mencari Hari anda dilahirkan tak sampai satu minit
melalui kiraan magic termasuk firasatnya sekali yang akan memaparkan
apakah personaliti anda berdasar HARI anda dilahirkan.  Sekarang anda
hanya perlu memberi TARIKH LAHIR anda dan Cikgu Bohari akan
membuat kiraan dan anda tunggu JAWAPANNYA.

      SELAMAT MENCUBA

Salam hormat dari saya,

Cikgu Bohari Mohamad
Taman Panorama, Ipoh, Perak