Wednesday, December 29, 2010

Biodata Cikgu Bob Magic

Bohari Mohamad merupakan seorang guru di SMK Pengkalan,Taman Pinji Mewah,31350 Lahat,Perak.Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Pertanian Malaysia pada 1991. Beliau telah mengajar matematik di sekolah menengah hampir 31 tahun.Beliau tinggal di Ipoh bersama isteri dan empat orang cahaya mata. Beliau juga merupakan pengasas KAEDAH MAGIK BOHARI(Kod Congak Pantas Matematik) dan KAEDAH SUPER MAGIK BOHARI(Kod Ajaib Matematik). Beliau aktif mengendalikan Kursus Intensif Cara Mudah Belajar Matematik melalui Kaedah Magik dan Kaedah Super Magik yang beliau asaskan sejak tahun 1993 hingga sekarang.
     Beliau pernah menulis buku Siri Contoh Soalan dan Jawapan Matematik SPMV(1985),Matematik Maagik(1993),Cara Cepat Mengira(1994),Rahsia Cepat Mengira(1995),Kaedah Super Magik Bohari(1996),Kod Pantas Matematik(1997),Kaedah Magik Bohari(2000) dan Cara Mudah Belajar Matematik(2010).
    Pada 1996 beliau dianugerahkan sebagai Guru Inovatif Negeri Parak dan Guru Inovatif Kebangsaan sempena sambutan Hari Guru 1996. Beliau juga dianugerahkan sebagai Model Pemikir Melayu Abad Ke 21 sempena Konvensyen Pemikir Melayu 1996. Pada 1999 beliau sekali lagi  dianugerahkan sebagai Guru Inovatif Negeri Perak. Pada 1997 beliau telah dipilih untuk mewakili Kementerian Pendidikan dalam program sambil belajar ke Jepun yang melibatkan 66 buah negara di duniaa.
     Kini khazanah kreatif lagi inovatif yang tersimpan dalam minda beliau dapat dilahirkan dan diterbitkan dalam bentuk bahan bacaan yang dapat dimanfaatkan oleh generasi yang dahagakan ilmu untuk pengisian wawasan 2020. Akhir sekali marilah kita sama-sama menuju wawasan dan merealisassikan kejayaan dengan berteraskan acuan minda dan potensi diri kita yang dianugrahkan oleh Allah S.W.t, insyaAllah.

No comments:

Post a Comment